Assalamualaikum.
Pejam celik
pejam celik sekejap je dah habis sem pertama and dah nak habis pun cuti sem
yang pertama ni. Sekejap betul masa berlalu sekarang ni. Sem kedua pula
menanti. And I have to ready for the second semester truely with the highly
intention and new ways to walk out during the second semester. Azam baru and
cara baru untuk menimba ilmu sebanyak mungkin dalam course yang aku amek
sekarang ni. Hopefully aku tak main-main lagi untuk sem yang kedua *Sem satu,
aku banyak main. Merdeka nak gila masa sem satu. Korang jangan tiru macam aku okay? :D
Sem satu? Banyak
pengalaman yang aku lalui sepanjang sem satu ni. Yang manis, yang pahit, yang
masam, yang tawar and so on semua aku dah lalui. Yang hilang handphonenya lah,
yang terlambat bangun nak pergi kelas lah,
yang terlalu awal pergi kelas lah, yang pergi kelas macam sakai lah.
Haha macam-macam. Tapi tu nanti-nantilah aku story. Sekarang kita nak cakap
pasal kelas aku je.
Ye kelas
aku, kelas Metallurgical Engineering. Satu satunya kos yang ada dekat universiti
awam Malaysia. Kos ni ada dekat UniMAP je tak silap. Ramai yang cakap macam ni.
So korang kalau nak study course ME (Aku singkatkan sendiri dari Metallurgical
Engineering) bolehlah bubuh course ni dekat 8 kotak pilihan borang UPU nanti.
Dalam masa yang sama aku promote sekali ni. Tak menyesal kalau masuk sini.
Sebab u ni memang khusus untuk Engineering je. And daripada situ jugak, u ni
banyak buat praktikal dari theory. So tu kelebihan bila masuk sini. Orang zaman
sekarang lebih mementingkan praktikal, sebab kalau belajar theory je and then
tak tahu macam mana nak applied benda tu tak guna jugak kan? So praktikal more
important. Tapi janganlah sampai lupakan theory tu haa. Balance kan lah
kedua-duanya. Korang bila masuk ME ni satu je aku nak cakap, kena MENGHAFAL
*Kalau dah capslock tu paham-paham jelah :D
Kalau sem
satu ni sem yang fun and dalam masa yang sama boleh jadi gila sekejap. Gila
sebab apa? Macam apa yang aku cakap masa post yang pertama yang akhir-akhir tu.
Kalau malas nak bukak post pertama tu, aku tunjuk balik kat bawah ni.
Haha jangan
layan sangat apa yang aku cakap. Aku saje-saje je. Tapi actually betul jugak
sebenarnya. Ehh aku ni mana satu yang betul lah. Annoying betul xD So kalau dah
aku cakap macam tu, korang tu janganlah main-main and merdeka nak gila masa sem
satu ni. Study hard ekk. Don’t you ever mind to follow your senior ni. Haha
tetiba dah ada pangkat senior pulak.
Masa sem
satu banyak luangkan masa anda dalam kelas and banyak jugak luangkan masa anda dalam
bengkel. Tengok sendiri subjek-subjek untuk sem satu ni. Aku listkan satu-satu.
Subjek Engineering
- Mathematics I
- Engineering Science
- Introduction To Engineering Materials
- Engineering Drawing
- Basics Statics And Dynamics
- Basic Metal Workshop
Subjek Yang Diperlukan Oleh
Universiti
- Communication Skills
- Kokurikulum (Nanti korang boleh pilih sendiri)
Haa total
subjek ada lapan je. Tapi masa final exam nanti korang akan jawab untuk 5 paper
je. Sikit je kan 5 paper tu? Haha sikit memang sikit tapi otak korang tu nak
kena kuat bekerja. Banyak subjek menghafal. Kalau nak okay and senang, makan
lah vitamin DHA ke apa awal-awal biar otak tu senang nak menghafal. Ingat nak amek sikit pic paper final exam. Haha tapi paper tu semua dah selamat masuk kotak. And kotak tu pun dah selamat masuk stor dekat KKF sana :D
Takpelah tak payah nak risau sangat. Yang penting belajar, insyaallah semua okay.
I think sampai sini jelah yang dapat diceritakan. Kalau nak tahu pape boleh comment or contact dekat Twitter or Facebook. Insyaallah aku akan bantu apa yang boleh.
Takpelah tak payah nak risau sangat. Yang penting belajar, insyaallah semua okay.
I think sampai sini jelah yang dapat diceritakan. Kalau nak tahu pape boleh comment or contact dekat Twitter or Facebook. Insyaallah aku akan bantu apa yang boleh.
No comments :
Post a Comment