Kenangan Di Bengkel

 Heyy. Rajin pulak nak post entry hari ni. Tak tahu nak buat apa. Tangan ni pun tak tahu kenapa, rajin pulak nak menaip sampaikan tak nak berhenti -,- Layankan jelah kepala aku ni ekk :D

Back to the entry, bengkel! Yaa semestinya subjek yang entahlah tetiba boleh minat dengan subjek ni. And hari ni tetiba rasa rindu nak masuk kelas Basic Metal And Workshops. Seriously tetiba rasa rindu nak buat projek Mild Steel Plate dengan projek tabung masjid. Rindu jugak nak masuk bengkel. Rindu nak buat projek sama-sama dengan classmates. Rindu nak dengar lecturer buat lawak. Rindu nak dengar lecturer ketawa yang haha seriously happening. Semua lah. Poyo je semua ni kan? Haha.

Bengkel untuk Basic Metal And Workshop ni dekat je dengan tempat kolej kediaman (KKF) aku. Kalau naik bas 5 minit je dah sampai and kalau jalan kaki pulak around 15 minit jugak lah. Bengkel ni ada dekat Bangunan UniMAP di Jalan Sarawak Kuala Perlis. Memang khas untuk student Diploma sahaja especially untuk student Computer Engineering and Metallurgical Engineering. Selalunya memang kedua-dua course ni yang akan menguasai pusat kejuruteraan ni. Ada chance besarlah nak bolot semua kelas yang ada kat situ. Takdelah nak berebut nak gunakan kelas kelas. Haha.

Nak tanya ni, korang penah dengar tak bengkel ada aircond? Confirm confirm pelik kan? Sebabnya aku tak penah dengarlah pulak bengkel ada aircond. Paling koman pun ada kipas. Tu pun pasang 2, 3 or 4 je. Jangan pelik plus jealous tahap infiniti yang bengkel untuk Course Metallurgical Engineering ada aircond bhaiii. Hahaha. Even bengkel dengan bangunan kedai yang dijadikan bangunan untuk UniMAP pun guna aircond kot. Nampak tak lecturer course ME tersangatlah baik hati plus peka dengan student dia. Nak student dia buat projek dengan tenang je. Tak panas, sejuk je. Hahaha. Tapi sejuk sejuk pun kadang kadang panas jugak. Nak nak bila aircond rosak. Tak boleh nak kata apalah kalau yang ni.

Masa first project kitaorang kena buat project Mild Steel Plate. Ada dua tahap nak buat benda ni. Nanti ada lah lecturer yang terangkan macam mana nak buat. Panjang berjela nak terang benda ni. And bentuk dia pun depends pada lecturer. So tak gunalah kalau aku terang panjang-panjang kan? First projek tugas dia ukur, tanda, kikir. Lepastu buat lubang. Lepastu kikir bagi dia kilat pulak. Nampak macam senang tapi time datang nak buat benda ni, berpeluh peluh nak buat. Nak nak time nak kikir. Bukan senang nak kikir untuk 1mm. 0.05mm pun susah nak dapat apatah lagi 1mm tu. Memang kena sabar jelah bila buat projek ni.

Aku and Izzatie dalam bengkel nak siapkan projek Mild Steel Plate. 
Projek ni kena kikir je. Senang ekk? Try lah buat -,-

 Teha dengan Zatie yang tengah kikir besi.

Dok mengacau Zatie yang tengah buat kerja. 
Sempat lagi nak pose even penat buat kerja.


Gambar-gambar tu semua masa nak siapkan projek pertama. Makan masa ohh nak buat benda ni. Nak kena buat ikot apa yang lecturer dah tetapkan. Kerja budak-budak ME macam ni lah. Main dengan besi. Besi dah jadi mainan agas untuk kitaorang. Haha that's why lah namanya Metallurgical kan? Kikir dah siap, tebuk lubang dah siap. Kikir untuk kilatkan pun dah siap. Haa ni lah hasilnya. Nampak je macam "Ohh ni je? Macam senang je". Senang bila tengok je. Try lah buat. Makan masa beberapa minggu jugak nak siapkan benda ni.

Ni lah hasil dari kami. Carca marba nak siapkan benda ni. Habis senget benget.
 Lantaklah peduli apa. Janji siap and selamat hantar dekat lecturer, En Tajuddin :D
*teruk betul perangai*

Projek kedua pulak buat Tabung Masjid. Haa ni best sikit. Satu group 3 orang. Aku kira beruntung banyak dari team yang lain. Aku sorang perempuan and lagi dua tu lelaki. Haha best gilalah kalau dapat group yang macam ni. Nak nak lagi bila satu group tu budak budak yang memang rajin and boleh buat kerja. Seronok habis. Kerja semua budak laki yang buat. Haha dah macam tuan puteri pulak aku dalam group tu. Yelah mana taknya aku buat kerja yang senang je. Kerja aku ukur je memanjang. Marker dengan pembaris besi je yang aku pegang. Kerja lagi satu jaga barang jangan sampai hilang. Bagus ekk team aku ni. Bertuah bila satu team dengan Afiq Ikram dengan Zubaidi ni. Semua kerja diaorang yang buat.

Muka serious Nazim. Haha apa kes pun tak tahu lah. Excited mungkin :D 
Masa ni diaorang tengah nak folded kan kepingan besi tu. Nama machine ni folded machines. 

Ni lah kami. Buat kerja ramai-ramai. 

Aku kelakar betul tengok gambar ni. Haha.

Happening betul diaorang macam nak buat apa je. 

Buat punya buat. Ketuk ketuk bagai. Siap jugak benda ni. Makan masa 2-3 hari jugak nak buat benda ni. Ni pun lecturer nak cepat so dapat lah siapkan benda ni cepat. Kalau lecturer tak tetapkan alamatnyaa berkurun nak siapkan benda ni. 

Ni lah hasilnya, Tabung Masjid kumpulan kami :D

Sem Satu Metallurgical Engineering

Assalamualaikum.

Pejam celik pejam celik sekejap je dah habis sem pertama and dah nak habis pun cuti sem yang pertama ni. Sekejap betul masa berlalu sekarang ni. Sem kedua pula menanti. And I have to ready for the second semester truely with the highly intention and new ways to walk out during the second semester. Azam baru and cara baru untuk menimba ilmu sebanyak mungkin dalam course yang aku amek sekarang ni. Hopefully aku tak main-main lagi untuk sem yang kedua *Sem satu, aku banyak main. Merdeka nak gila masa sem satu. Korang jangan  tiru macam aku okay? :D

Sem satu? Banyak pengalaman yang aku lalui sepanjang sem satu ni. Yang manis, yang pahit, yang masam, yang tawar and so on semua aku dah lalui. Yang hilang handphonenya lah, yang terlambat bangun nak pergi kelas lah,  yang terlalu awal pergi kelas lah, yang pergi kelas macam sakai lah. Haha macam-macam. Tapi tu nanti-nantilah aku story. Sekarang kita nak cakap pasal kelas aku je.

Ye kelas aku, kelas Metallurgical Engineering. Satu satunya kos yang ada dekat universiti awam Malaysia. Kos ni ada dekat UniMAP je tak silap. Ramai yang cakap macam ni. So korang kalau nak study course ME (Aku singkatkan sendiri dari Metallurgical Engineering) bolehlah bubuh course ni dekat 8 kotak pilihan borang UPU nanti. Dalam masa yang sama aku promote sekali ni. Tak menyesal kalau masuk sini. Sebab u ni memang khusus untuk Engineering je. And daripada situ jugak, u ni banyak buat praktikal dari theory. So tu kelebihan bila masuk sini. Orang zaman sekarang lebih mementingkan praktikal, sebab kalau belajar theory je and then tak tahu macam mana nak applied benda tu tak guna jugak kan? So praktikal more important. Tapi janganlah sampai lupakan theory tu haa. Balance kan lah kedua-duanya. Korang bila masuk ME ni satu je aku nak cakap, kena MENGHAFAL *Kalau dah capslock tu paham-paham jelah :D

Kalau sem satu ni sem yang fun and dalam masa yang sama boleh jadi gila sekejap. Gila sebab apa? Macam apa yang aku cakap masa post yang pertama yang akhir-akhir tu. Kalau malas nak bukak post pertama tu, aku tunjuk balik kat bawah ni.


Haha jangan layan sangat apa yang aku cakap. Aku saje-saje je. Tapi actually betul jugak sebenarnya. Ehh aku ni mana satu yang betul lah. Annoying betul xD So kalau dah aku cakap macam tu, korang tu janganlah main-main and merdeka nak gila masa sem satu ni. Study hard ekk. Don’t you ever mind to follow your senior ni. Haha tetiba dah ada pangkat senior pulak.

Masa sem satu banyak luangkan masa anda dalam kelas and banyak jugak luangkan masa anda dalam bengkel. Tengok sendiri subjek-subjek untuk sem satu ni. Aku listkan satu-satu.

Subjek Engineering
  1. Mathematics I
  2. Engineering Science
  3. Introduction To Engineering Materials
  4. Engineering Drawing
  5. Basics Statics And Dynamics
  6. Basic Metal Workshop


Subjek Yang Diperlukan Oleh Universiti
  1. Communication Skills
  2. Kokurikulum (Nanti korang boleh pilih sendiri) 


Haa total subjek ada lapan je. Tapi masa final exam nanti korang akan jawab untuk 5 paper je. Sikit je kan 5 paper tu? Haha sikit memang sikit tapi otak korang tu nak kena kuat bekerja. Banyak subjek menghafal. Kalau nak okay and senang, makan lah vitamin DHA ke apa awal-awal biar otak tu senang nak menghafal. Ingat nak amek sikit pic paper final exam. Haha tapi paper tu semua dah selamat masuk kotak. And kotak tu pun dah selamat masuk stor dekat KKF sana :D

Takpelah tak payah nak risau sangat. Yang penting belajar, insyaallah semua okay.

I think sampai sini jelah yang dapat diceritakan. Kalau nak tahu pape boleh comment or contact dekat Twitter or Facebook. Insyaallah aku akan bantu apa yang boleh.