Assalamualaikum.
Hari ni rasa macam rajin terlebih sikit nak menaip. Selalu sangat post aku ter-stuck dekat draft. Tak post-post pun. Haha. Okay back to the main point, mesti ramai yang tertanya-tanya apa tu UniMAP? UniMAP ni universiti yang memfokuskan dalam bidang Kejuruteraan. Semua course yang ditawarkan kat UniMAP ni semua nya kejuruteraan. Contoh course yang ada, Kejuruteraan Metalurgi (Metallurgical), Kejuruteraan Mekatronik (Mechatronic), Kejuruteraan Komputer (Computer), Kejuruteraan Pembuatan (Manufact), Kejuruteraan Mikroelektronik (Micro Electronic) dan Kejuruteraan Sistem Elektrik (Electrical System).
Mostly ramai yang tak tahu kewujudan UniMAP ni. Nak tahu UniMAP ni pun susah. Sebab selalu sangat dengar situation yang macam ni.
"Study lagi ke sekarang ni?"
"A'ahh still study lagi"
"Ohh study dekat mana?"
"Saya study dekat Perlis je, UniMAP"
"Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa? UniMAP?"
Haa kalau boleh nak panjang lagi sebut haaa tu. Haha. Mungkin tak famous mana UniMAP buat masa ni. Selalu sangat orang tertukar dengan UMP (Universiti Malaysia Pahang). Tapi secara zahirnya (cehh zahir pergi dia) UniMAP sekarang makin naik dengan pencapaian yang membanggakan semua. Walaupun kami duk tercorok kat nun utara ni yang paling hujung ni, banyak dah pencapaian yang boleh membanggakan. Proud to be UniMAP-ians xD Kalau study dekat UniMAP, tak sah tak dengar Perlis dalam UniMAP. Haha sebab apa? Sebabnya UniMAP ni ada kat merata negeri Perlis ni. Dekat Pauh Putra (main campus), kat Arau, kat Kubang Gajah, kat Kuala Perlis, kat Kangar, kat Muhibbah, kat Sungai Cucuh (cemana nak eja entah, haha) dan banyak lagi. Even kat Kuala Perlis tu pun banyak cawangan dah. Yang dekat Jalan Sarawak nya, dekat Automart nya, dekat Taman Semarak. Haha banyak. Korang datang sini baru tahu UniMAP tu macam mana.
Lagipun jangan pandang rendah dekat UniMAP ni. Even kami tak macam universiti lain yang khas kat satu tempat je. I mean universiti yang berpusat. Semua benda dekat situ. UniMAP ni mengamalkan cara distributed campus. Sebab tu merata tempat semuanya UniMAP. Kadang-kadang benda yang macam ni lah best. Rasa macam besar gila kot UniMAP ni. Pergi sini jumpa UniMAP, pergi sana jumpa UniMAP. Interesting kan? Haha.
Benda yang bagus bagi aku kalau belajar dekat UniMAP ni, dia banyak praktikal. Tak 100% dengan teori je. Sekarang ni susah nak cari universiti yang macam ni. Kerja praktikal lah yang penting sebenarnya. Kalau kita hebat teori tapi tak tahu cara nak kendalikan tak guna jugak. Bidang Kejuruteraan mestilah nak kena fokus dengan cara nak guna or kendalikan kan. So sape-sape yang rasa nak jadi Engineer, boleh lah masuk UniMAP ni. Bolehlah isi salah satu course yang ada masa nak isi UPU korang tu (sambil mempromote)
Lagi satu course-course yang ada dekat UniMAP ni ada School-school yang tertentu. Contohnya macam course aku sendiri Metallurgical Engineering, course ni under School Of Materials ataupun orang panggil under PPK Bahan. So ada pusat khas untuk setiap course.
Kalau bercakap pasal facilities yang ada dekat UniMAP pulak, semua nya tip top. Banyak mesin-mesin yang ada dekat UniMAP ni. Lengkap semua peralatan yang ada untuk kerja praktikal. Contoh bila nak buat lab, semuanya ada. Selain lecturer, pembantu makmal pun turut tolong mengajar dalam bab lab ni. So takde masalah kalau student nak tanya apa yang kita tak faham semua. Diaorang mahir dalam jurusan yang khas untuk mereka.
So jangan pandang sebelah mata dekat UniMAP ni. Even orang tak kenal mana UniMAP ni, banyak dah pencapaian. And one more thing, masa aku baru dapat tahu aku dapat dekat UniMAP ni, penuh dekat newspaper pasal UniMAP. Menang ini lah menang itu lah. Haa see dalam diam je semua tu kan. Sesapa yang nak tanya pasal apa-apa yang korang nak tahu ke, tak faham ke boleh lah contact aku kat FB or twitter okayy. In Sha Allah aku akan bantu apa yang aku boleh bantu :)
Ikhlas dari Kak Ainz. Kah!